VISI
Menjadi sebuah Institusi pengajian tinggi yang unggul
MISI
Melahirkan dan membentuk modal insan yang berpengetahuan tinggi dengan ilmu agama yang utuh, berakhlak mulia dan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras pegangan hidup
OBJEKTIF
- Melahirkan modal insan dan ilmuan Islam yang berjaya dengan memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang benar tentang Islam dan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Mengaplikasikan pengintegrasian Ilmu Wahyu dan Pendidikan Islam ke dalam pelbagai bidang pengajian (acquired knowledge) yang ditawarkan bagi membentuk dan mengukuhkan akidah, akhlak dan ilmu pelajar Jamaah
- Memartabatkan sebuah institusi ilmiah dalam Pengajian Islam yang mampu berfungsi sebagai pusat sumber rujukan Islam, Al-Quran dan Al-Sunnah di Malaysia
Pengenalan Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT)
Kolej Yayasan Islam Terengganu telah ditubuhkan pada 2018. Merupakan anak Syarikat kepada Yayasan Islam Terengganu. Kampus KYIT terletak di Binjai, Kemaman. KYIT komited dalam menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma. KYIT berperanan melahirkan graduan holistik yang berilmu, berkemahiran serta memiliki sahsiah yang tinggi selaras dengan nilai-nilai Islam.
Sejak penubuhannya, KYIT sentiasa berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong perkembangan akademik serta pembangunan sahsiah pelajar secara menyeluruh. Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa, KYIT memberi penekanan kepada keseimbangan antara teori dan aplikasi praktikal dalam proses pembelajaran. Kelebihan belajar di sini adalah dengan gabungan kesepadanan program iaitu program akademik, Al Quran dan pengajian Islam.
KYIT juga komited dalam membentuk graduan yang berintegriti, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan akhlak.
Dua program Diploma yang ditawarkan
- Diploma In Early Childhood Education (R3/0112/4/0027)(12/27)(MQA A8332)
- Diploma Pengajian Islam (R/0224/4/0033)(10/29)( MQA/FA11393)
Kesemua program yang ditawarkan ini telah mendapat akreditasi penuh MQA.