DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
(R/0224/4/0033) (10/29) (MQA/FA11393)
PENGENALAN PROGRAM
Program yang ditawarkan oleh KYIT dijalankan secara sepenuh masa selama 2 tahun 6 bulan (5 semester panjang dan 2 semester pendek).
Diploma ini menggabungkan kesepaduan di antara pengajian akademik, al-Quran dan al-Sunnah serta pengajian Islam.
Para pelajar akan menjalani latihan industri di organisasi terpilih pada semester akhir.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara dengan sekurang-kurangnya 3 kredit DAN lulus dalam satu mata pelajaran Bahasa Arab ATAU satu mata pelajaran Pengajian Islam; ATAU
- Lulus Sijil [Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)] yang diiktiraf dalam Pengajian Islam; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
- Berumur tidak melebihi 25 tahun
- Belum berkahwin
PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN
Para graduan lepasan Kolej Yayasan Islam Terengganu adalah berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/ IPTS) di dalam dan luar negara.
Di samping itu, para graduan juga berpotensi untuk menceburi alam kerjaya yang berkaitan bidang Pengajian Islam.
PROSPEK KERJAYA
Diploma Pengajian Islam
- Imam/ bilal
- Pendakwah
- Guru agama
- Penterjemah Bahasa
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam/ Jabatan Wakaf dan lain-lain