Pada 21/5-23/5 seramai 22 orang pelajar dari program Diploma Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak menyertai program LAMEGA 2026 bertempat di DITC Telok Kalong Kemaman.
Program ini anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera I-MTS. Pelajar telah diberi pendedahan dalam pemikiran kritis, kepimpinan, kerja berpasukan dan kaedah penyelesaian masalah.
Ianya amat sesuai kepada pelajar kami menghadiri program ini untuk melengkapkan kemahiran pelajar holistik dan seimbang. Ini dapat menjadikan mereka individu yang bersedia menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berkembang dengan teknologi baharu.